Assalamualaikum semua...
huhu ....lama betul nini tak jenguk (up-date) blog nini ni ...:)
maaf sgt2 yer ...kerana kesibukan yg melanda nini sejak kebelakangan ni ..
rasanya masih belum terlambat untuk nini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011..pada kalian semua...hehehe walaupun hari ni dah masuk 26 januari bersamaan 21 safar 1432 hijrah..teruskan ceria yer kawan2 ...hehe
tahun baru .? .
azam baru.....?
cita-cita baru.... ?
kerjaya baru....?
hobi baru..?
hehe setiap org drpada kita tentu ada azam baru kan ...apa azam u all semua..?
nini ??? hurmm azam tahun 2011 nini tahun ni
1) nak menjadi anak yg solehah ,contoh kepada adik2 ...maklumlah kita manusia biasa byk melakukan kesilapan ..semoga Allah permudahkan ..
2) nini nak kembangkan perniagaan nini (MURTABAK MAMA TOK & KUIH KUIH SEGERA) keseluruh negeri kelantan n Malaysia ..insyaAllah ..kalau u all nak rasa murtabak nini ,sila2 la datang ke rumah nini atau boleh hubungi nini di no ini 012-9660734...:)
3) nini nak capai pendapatan yg lebih tinggi drpada tahun2 yg sudah ..InsyaAllah
4) cuba untuk menyimpan sebanyak yg mungkin untuk tabungan masa hadapan ...(semanagt yg kental harus ada ni huhu sbb susah ubah tabiat menabung ni ...hehe)
5) nak melancong sekurang2nya sebuah negara pada tahun ni ..bukan apa ,itu adalah hadiah untuk nini setelah penat lelah berusaha lagipun 'jauh berjalan luas pengalaman' ...semoga diizinkan Allah ...:)
sebenarnya banyak lagi benda yg nini target n azam yg nini nak capai tahun 2011 ni....
apa jua target yg kita nak capai tu biarlah berada dalam tahap kemampuan kita..
jangan paksa diri keterlaluan kerana kehidupan kita bergantung kepada tahap usaha kita ,n ketentuan Allah swt ...jika azam,target yg kita impikan itu tidak tercapai pada tahun ini...mungkin bukan masanya lagi ...yg penting kita kena teruskan berusaha kearah kebaikan yer kawan2 ..pesanan ini juga adalah untuk diri nini juga....:)
oklah kawan2 semoga kita jumpa lagi nnt ....selamattttt hari hari hehehe ...
:D
kurniaan ilahi
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, December 21, 2010
TipS PerCutian
HONG KONG....
MACAU ........
THAILAND....
Assalamualaikum ,sawapdika ... selamat kembali ......:D
Bila bercakap mengenai Melancong .....bercuti.......Holiday .......jalan-jalan ....makan angin ....
hooooreyyyyyy!!!! ~~~ tentu kita semua akan tersenyum lebar kan ....hehehehe
dalam fikiran masing2 sudah tentu terbayang suatu destinasi yg indah ,nyaman ,dan macam2 lagi ...bila dapat bercuti ke sesuatu tempat ..hurmmm sapa tak seronok kan ....? :)
Seronok ! memang seronok bila pergi bercuti ,boleh juga merehatkan minda setelah penat bekerja/belajar . Cuti panjang hujung tahun begini ,apa rancangan kawan2?
Hendak pergi bercuti bersama keluarga @ teman2 ?
Tentu ramai merancang hendak bercuti sama ada didalam negeri atau di luar negara .
Haaaa.....!!! jadi disini nini nak berikan beberapa tips berguna selain 10 destinasi percutian paling terkenal di Malaysia .
LANGKAH PERTAMA:
1) Pertama ,pastikan tahap kewangan dan berapa peruntukan yg kawan2 semua anggarkan untuk percutian nanti. Lepas tu barulah boleh buat keputusan sama ada boleh pergi bercuti atau tidak . Kalau banyak ,bolehlah ke tempat yg jauh dan best ! .Jika sikit ,cukuplah ke tempat2 yg berhampiran serta memerlukan belanja lebih murah.
2) Setelah ketahui tahap kewangan kawan2,barulah boleh merujuk ke mana -mana agensi pelancongan untuk mendapatkan informasi ttg tempat yg telah dipilih .Mungkin mereka ada menyediakan pakej istimewa dgn harga yg berpatutan .
3) Kemudian barulah kawan2 buat bajet . Ketika ini tentu u all dah tahu pakej apa yg nak diambil atau anggaran kos yg perlu di belanjakan nnt .
4) Jika pergi sendiri ,kawan2 perlu aturkan ttg pengangkutan dan tempat tinggal . Selidik yg menawarkan harga berpatutan dan selesa. Lebih mudah jika kawan2 mengambil pakej .
5) Pastikan kawan2 memperuntukkan sejumlah wang untuk saat kecemasan .
BERcuti DOmesTik ..~~
Malaysia mempunyai banyak tempat2 perlancongan yg menarik untuk diterokai .
Kerajaan juga menggalakkan kita untuk melancong di dalam negara .Jadi apa kata kita sahut seruan kerajaan untuk melancong di dalam negara . Jika ingin bercuti dalam negeri ,kawan2 perlu :
1) Kenalpasti tempat yg ingin kawan2 pergi bercuti . Mudah saja ,boleh layari internet ,pergi ke pusat penerangan pelancongan ,bertanya pada teman -teman yg pernah kesana dan sebagainya.
2) kemudian pilih jenis percutian sama ada percutian di pulau ,di bandar ,atau perkhemahan ? ianya berbeza situasi dan aktiviti .
3) sekiranya pergi bersama keluarga/teman-teman ,lokasi yg dipilih itu sebaiknya telah dipersetujui bersama .
4) Percutian dalam negara juga memerlukan perbelanjaan . Pastikan kawan2 memilih pakej yg benar2 bersesuaian dgn diri kawan2 .
5) Ambillah peluang ini untuk menghabiskan masa bersama org yg tersayang ..
PErCutian LUar NegarA....
woooowwwww!!! mmg best jika berpeluang untuk bercuti ke luar negara . Dapat juga merasa sendiri kehidupan di tempat orang. Tetapi sudah enu soal belanja menjadi masalah utama!!!Jangan risau ,sebenarnya kawan2 semua boleh bercuti keluar negara andai kena perancangan .
Misalnya mengumpul duit dari sekarang . Bercuti ke luar negara tentu berbeza dgn percutian domestik .
PENTING!!! Jangan lupa untuk pastikan pasport kawan2 masih lagi 'hidup' .Tanpa pasport atau tarikh sahnya dah tamat,kawan2 pasti tak akan dapat ke luar negara ..;S
Periksa masa penerbangan .Contohnya jika hendak ke australia.Selidiki penerbangan mana yg kawan2 hendak dan harganya .
Selain itu ,mungkin sebelum pergi kawan2 sudah mula survey tentang tempat penginapan di sana nnt . Haa... kalau ada teman yg bekerja/belajar disana ,lagi elok. Bolehla kawan2 menumpang dirumahnya sahaja .
Seeloknya kawan2 mengambil pakej kerana semuanya diaturkan untuk kalian . Periksa kembali pakaian kawan2 kerana tentunya iklim diluar negara kita berbeza.
Sekiranya kawan2 pergi dalam musim sejuk ,jgn lupa bawa sekali baju sejuk yg tebal ,topi, 'shawl', dan kasut 'but' .
CARA ' PACKING ' : nini ada formula nak kongsi ngn kawan2 ...:)
kalau kita nak berholiday tentu pening kepala nak pikir ,baju ,brg2 lain yg hendak dibawa kan??
PAKAIAN :
=Kalau boleh elakkan mmbawa pakaian terlalu banyak .Bawa secukupnya sahaja .
=Jangan bawa pakaian yg tebal2 kerana ia hanya membuatkan beg kawan2 lebih berat,bawa yg nipis sahaja.
=lipat pakaian seperti biasa ,kemudian gulung ia.setelah itu barulah disusun didalam bag .ia lebih menjimatkan ruang .
SUAI PADAN:
=Ada yg bawa beberapa seluar jeans. Bagi nini TAK PERLU!!! untuk seminggu ,kawan2 boleh bawa 2 helai jeans sahaja (termasuk sehelai yg kawan2 pakai ketika pergi) Ia boleh kawan2 padankan dgn apa2 baju sekali pun...hehe
KELENGKAPAN MANDI;
=Jika tinggal di hotel ,kawan2 tak perlu risau sbb sgl keperluan telah disediakan termasuk tuala .Jadi takyah la bawa ,lagi jimat ruang beg kawan2 .Cuma mungkin kawan2 boleh bawa berus gigi dan pembersih muka sahaja.
=Jika kawan2 bercuti ditempat yg tidak menyediakannya,pastikan kawan2 membawa kelengkapan mandi dalam saiz yg kecil .Contohnya ubat gigi..
last skali nini nak bagitahu perkara2 yg JANGAN KAWAN2 LAKUKAN :
1) Bawa beg yg banyak
bawa barang2 yg benar2 perlu sahaja ,tak perlu bawa yg remeh temeh ,menyusahkan sahaja.
2) Bawa wang tunai
kawan2 tidak tahu keadaan sebenar tmpt yg bakal kawan2 kunjungi itu,jadi jgn bawa wang tunai terlalu banyak atas sbb keselamatan.Cuma ,pastikan kawan2 bawa kad bank kawan2 agar mudah keluarkan wang saat kawan2 memerlukan .
3) Kad kredit
Selain itu ,kawan2 boleh bawa kad kredit ,takperlulah bawa wang tunai yg banyak .lagipun hampir keseluruhan pusat2 pelancongan terkenal ada menawarkan perkhidmatan kad kredit .
4)Awas!! Jangan terlalu percaya pada org yg baru kawan2 kenali .Saat bercuti ,apa saja boleh berlaku ,jadi berhati2 apatah lagi jika kawan2 bercuti sendirian .
5) pilih lokasi selamat
pastikan lokasi percutian kawan2 adalah benar2 selamat .Oleh itu ,elakkan pergi melancong ke negeri/negara yg sedang dilanda krisis ...
Akhirkata ...semoga kawan2 berpuas hati ngn tips yg nini bagi ni ..apa lagi yg dapat diucapkan selain ..............SELAMAT BERCUIIIIIIIIIIIIIII ...lOVE ..:)
Sunday, December 19, 2010
Ada apa dgn BUAH??
assalamualaikum..:)
amboi entri nini kali ni mengancam tak?
ahakss , tentu kawan2 semua tanya knp ngn buah ? buah apa yg nini maksudkan ? .:)
sebenarnyer nini baru je makan buah jambu semalam ,rasanya sedap sungguh ,rapuh krokk krokk bunyinya bila dikunyah , ditambah pulak mkn ngn pencicah serbuk tu...fuhhh :) mmg sdp ..
hurmm kwn2 tahu tak ttg khasiat buah-buahan yg kita makan tu ? nini sendiri pun tak tahu ...haaa!! oleh sbb nini tak tahu ,dan nini rasa kawan2 kat luar pun ada yg tak tahu mcm nini ,so nini nak kongsikan dgn kawan2 ttg khasiat buah ini, antaranya :

tadaaaaaa...!!! BUAH STRAWBERI (takde kena mengena ngn buah jambu yg nini mkn smlm ok hahaha)
buah strawberi bukan sahaja cantik dipandang ,sedap dimakan ,tetapi mempunyai khasiat yg banyakkkkk sekali .Buah strawberi mengandungi nutrisi yg luar biasa ...mengandungi antioksidan yg tinggi , ia juga kaya serat, rendah kalori ,mengandungi vitamin C, folat,potassium,serta asam ellagic .tak terkira byknyer ,antara khasiat lain strawberi lagi :
1) strawberi mampu mengurangkan kadar kolestrol
2) strawberi dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi
3) strawberi yg dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuatkan warna kulit lebih cerah dan bersih .
4) strawberi yg kaya dgn vitamin C sgt baik untuk pertumbuhan anak ..
haa..banyak kan khasiat strawberi ni !!..:) ..
nini nak kongsi petua plak ..heheh org perempuan tak leh lari dari tips kecantikan ...
petua pertama :
HALUSKAN KAKI DENGAN STRAWBERI...
mula2 ,campurkan sebiji buah strawberi dgn 2 sudu minyak zaitun+
satu sudu teh garam mandi dan setengah sudu teh kacang badam yg dihancurkan kasar. (semua bahan ni senangkan nak cari ...:) ) gaulkan semuanya kemudian gunakan campuran ini sebagai 'scrub kaki' dan lakukan ia selalu ..insyaAllah kaki kita akan lembut ,puteh dan bersih .
selamat mencuba ..:).
petua kedua :
STRAWBERI CANTIKKAN RAMBUT....
strawberi bukan saje sedap dimakan tapi juga digunakan untuk mencantikkan rambut? betul tu.ini kerana asam yg terkandung didalam buah strawberi mengandungi formula yg boleh mencantikkan rambut tanpa sbrg kesan sampingan yg berbahaya.
Caranyer:
lumatkan 8 biji buah strawberi dan campurkan dgn 1 senduk mayones.
setelah itu,lumurkan bahan tersebut pada rambut yg telah dicuci sambil memicit-micit kulit kepala.kemudian balut kepala dgn tuala yg direndam dgn air suam.Biarkan selama setengah jam agar adunan tersebut meresapkedalam kulit kepala sebelum rambut dicuci dan dibilas bersih .Biarkan rambut kering sendiri ,hasilnyer kwn2 akan menikmati rambut yg lembut ,halus dan bersinar .
Selamat mencuba....:)
Saturday, December 18, 2010
Cantik..
Assalamualaikum sahabat yg nini sayangi
salam sabtu bt semua ,hari ni kat tempat nini hujan tak henti2 sejak semalam lg..sejukkk tau errr..:).....mungkin banjir nak datang lagi ...maklumlah masih musim tengkujuh ..
wahhh tgh buat apa tu ...?
tengah bersiap2 nak keluar rumah ke?
ada temu janji ngn teman yer ? :)
eh eh banyak soal pulak nini ni kan ...hehehe ( nak kena ni:P)
bukan apa kawan2 ,mcm nini ni, kalau nak kuar rumah ,hurmm macam2 persoalan bermain dalam fikiran, antaranya nak pakai baju apa ek?
hurmm minyak wangi apa yer ? sesuai ke baju ni ngan handbag ni ? n macam2 lagi persoalan ...maklumlah org pompuan ...hihi lelaki pun apa kurangnyer ...
Fitrah manusia mmg suka kpd yg sesuatu cantik.Bohonglah jika ada yg mengatakan tidak suka kepada sesuatu yg cantik.Sedangkan Allah sendiri suka kpd kecantikan .Allah itu cantik dan suka kpd yg cantik.tetapi kecantikan yg bagaimanakah yg dituntut dalam Islam??
Islam tidak pernah melarang ummatnya untuk bercantik2..tapi jgn melampaui batas dan melanggar syariat ..
contohnyer ketika berpakaian :Pakailah apa2 sahaja yg berkenan pada hati para remaja skrg (termasuk nini juga :) tapi jgn lah sampai mendedahkan aurat ..Pakaian menutup aurat adalah perintah Allah yg tidak dapat disembunyikan lagi..
Jangan krn terlalu mengikut trend terkini utk kelihatan cantik hingga tenggelam harga diri sbgi seorg muslim ..
Apalah gunanya cantik dihati manusia tetapi kemurkaan pula disisi Allah .Untuk cantik disisi Allah ia memerlukan keimanan yg kukuh terpahat dihati seseorg..Bukan puasa,sembahyang,dan zakat sahaja merupakan ibadah ,tetapi berpakaian cantik menepati syariat sebagaimana yg dikehendaki Allah juga merupakan ibadah...
Hadis Rasullullah:
' sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan kecantikan tubuhmu ,akan tetapi Allah melihat hati mu' (riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasullullah:
'Bukanlah kemuliaan itu dgn memakai pakaian cantik dan segak tetapi ia adalah dgn ketenangan (sopan santun dan merendah diri)
(riwayat Ad Dailami)
oleh tu kawan2 ..sama2lah kita menjaga kecantikan kita supaya terus cantik bukan sahaja dimata manusia tetapi yg paling utama disisi Allah..:D ....
haaaa...nanti keluar rumah tu hati2 dijalan raya yer ...semoga semua dalam lindungan Allah swt....okey jumpa lagi nnt ....assalamualaikum ...
Friday, December 17, 2010
salam perkenalan :)
Assalamualaikum wbt...
Ahlan wasahlan ....:) dgn mulaan bicara ....bismillahirahmanirrahim ...alhamdulilllah ,
syukur kehadrat ilahi ...kerana dgn rasa teruja ,gembira ,serta perasaan yg bercampur2 ..
maka terhasillah blog nini sendiri yg diberi nama Kurniaan Ilahi ini ...
:) dgn rasminya hari yg mulia ini Jumaat ,17 December 2010 bersamaan 11 Muharam 1432 Hijrah ... nini dgn rendah diri mengharapkan agar kita dapat sama2 berkongsi maklumat sedikit sebanyak ilmu ,pengalaman ,kisah hidup ,perjalanan ,dan segalanya bersama teman yg sudi membaca blog nini ini ...
oklah ...buat permulaan coretan di post yg pertama ni... setakat ini dulu okey...doa nini semoga kita semua ummat islam didunia ini sentiasa diRahmati Allah swt ... Love ...
Ahlan wasahlan ....:) dgn mulaan bicara ....bismillahirahmanirrahim ...alhamdulilllah ,
syukur kehadrat ilahi ...kerana dgn rasa teruja ,gembira ,serta perasaan yg bercampur2 ..
maka terhasillah blog nini sendiri yg diberi nama Kurniaan Ilahi ini ...
:) dgn rasminya hari yg mulia ini Jumaat ,17 December 2010 bersamaan 11 Muharam 1432 Hijrah ... nini dgn rendah diri mengharapkan agar kita dapat sama2 berkongsi maklumat sedikit sebanyak ilmu ,pengalaman ,kisah hidup ,perjalanan ,dan segalanya bersama teman yg sudi membaca blog nini ini ...
oklah ...buat permulaan coretan di post yg pertama ni... setakat ini dulu okey...doa nini semoga kita semua ummat islam didunia ini sentiasa diRahmati Allah swt ... Love ...
Subscribe to:
Comments (Atom)